Blogroll

Penyerahan Sijil Sirrusy syifak 2013

Penyerahan Sijil Sirrusy syifak 2013

Blogger templates

Thursday 31 January 2013

IKRAR BERSUMPAH MUALLIJ SIRRUSSY SYIFAK 2013


1 comments:

Friday 25 January 2013

PESANAN PENTING NAQIB



Assalamu 'alaikum wrt wbt

Para pesakit dinasihatkan berhati-hati apabila hendak mendapatkan rawatan secara islam. Jangan terpengaruh dengan perawat hanya dengan panggilan ustaz sahaja. Banyak orang tertipu. Pergilah kepada Mu'allij (Pengamal Perubatan IslaM) YANG BERTAULIAH

Bagi Mu'allij yang dilahirkan dari Sirrusy Syifak, mereka telah lulus perperiksaan dan dibekalkan dengan kad tauliah. Minta bukti derai mereka kalau ragu. Kalau berlaku sesuatu yang tak menyenangkan, sila hubungi Naqib Mu'allij di talian 010 3316474 (Ustaz Abd wahab Dawam)

KURSUS SIRRUSY SYIFAK 2013
BERMULA 02 FEB 2013 
BAYARAN RM450.00
SELAMA 5 BULAN (Kurang dari 50 Jam)

SETIAP SABTU - 9.00 PAGI
TEMPAT : DI 151 LORONG MUTIARA 3, TAMAN INTAN
MUTIARA TELUK INTAN,PERAK.
KANDUNGAN : JILID 1 HINGGA JILID 15
RAWATAN PENYAKIT FIZIKAL,SAKA,SANTAU,SUSUK,
RASUKAN SECARA TEORI DAN PRAKTIKAL DAN LAIN-LAIN.
SIJIL DIKELUARKAN OLEH SIRRUSSY SYIFAK
SELEPAS TAMAT PENGAJIAN.

0 comments:

Wednesday 23 January 2013

Muallij Terlatih Sirrusy syifak 2013

 photo PenyerahanSijilMuallijSirrussifakJan2013_zps0c5b31f7.jpg
 photo foto1_zpsc419d5eb.jpg
 photo foto2_zps52bdc7b0.jpg Sila Rujuk Album Muallij di web dibawah

http://s1236.beta.photobucket.com/user/teamkaya/library/

0 comments:

Video Perubatan Sirrusy syifak
















0 comments:

Monday 21 January 2013

Kisah Benar


Dari pengamal perubatan (pakar Santau). Di sini di panggil “Penceramah” sahaja

 

Kisah 1:  Seorang datuk pengamal santau. Gagal membuangnya. Banyak anak cucunya terkena. Apabila hari raya anak cucunya berhimpun di rumah datuk tersebut dan habis terkena santau melainkan seorang yang agak warak. Satu malam, cucu tersebut melihat atas meja makan di rumah datuknya ulat seperti kalimayor (bercahaya) keluar dari poket datuknya. Banyak merayap di sekeliling meja makan. Antara masuk ke dalam cawan minum cucu berkenaan.  Besuknya di tengah kalayak keluarga, cucu berkenaan berkata kepada datuknya, “berapa banyak lagi atuk nak bagi saya santau?”

 

Kisah 2: Penceramah pernah berjumpa dengan pontianak di bawah lampu jalan jam 2.00 pagi. Rambut panjang, mata besar, bibir merah, 2 taring panjang warna merah. Berjalan tanpa melangkah, warna pakaian seperti jilbab putih dan 1 kaki tidak jijak ke tanah.

 

Kisah 3: Penceramah baru selesai mengubat orang terkena santau. Lepas solat (Maghrib atau isyak?) tiba-tiba tercogok duduk seperti lelaki di hadapan sejadah penceramah. Lelaki itu marah penceramah kerana mengubat pesakit tersebut dan mengugut akan membunuhnya. Penceramah berkata, “ kalau engkau bunuh aku, aku redho kerana itu adalah ketentuan Allah bahawa ajal ku sudah sampai”. Iblis itu kecewa dan hilang.

 

Kisah 4: Penceramah pernah bertemu orang bunian yang mengajaknya berkahwin. Penceramah kenal dengan bapanya.Tinggi 6 kaki. Memakai jubah yang bersulam di bahagian hadapan. Penceramah pernah bertemu dengan perempuan bunian tersebut ketika tawaf di Mekah. Dia membimbing tangan emaknya. Pada ketika itu penceramah menunaikan haji bersama isterinya.

 

 

1 comments:

Waktu Rawatan


Masa perkhidmatan tidak ditentukan. Pesakit perlu menalipon terlebih dahulu untuk mendapatkan rawatan.

 

Sebagaimana biasa, perlu bawa air  bersama dua atau empat botol untuk seorang pesakit.

 

Kami menyediakan rawatan 120 jenis penyakit fizikal spiritual dan kerasukan.

 

Pesakit dan perawat bertemu mestilah dalam keadaan penuh yaqin dengan kekuasa penyembuhan Allah.

 

Pesakit atau keluarganya tidak dibenarkan merokok ditempat dan semasa rawatan. Jangan ada memakai tangkal. Jangan ada lelaki yang memakai rantai dan sutera. Ini bagi memudahkan rawatan kerasukan makhluk halus.

 

1 comments:

Assalamu ‘alaikum


Assalamu ‘alaikum

Warahmatullahhi Wabarokatuh.


         Terlebih dahulu para pembaca didoakan dengan sihat sejahtera, sabar dan tabah dalam ujian serta kuat melakukan amalan taqwa…..Amin!!!

Sirrusy Syifak baru sahaja diberi nama sedangkan ianya telah beroperasi sejak hujung tahun 2006.

Bermula dari rawatan penyakit-penyakit ringan seterusnya berkembang kepada rawatan penyakit-penyakit yang agak berat. Berkat petunjuk Ilahi serta pengalaman yang di anugerahkanNya, kini skop rawatan dapat diperluaskan lagi.

SIRRUSY SYIFAK bermaksud rahsia penyembuhan. Ayat-ayat Al Quran digunakan sepenuhnya dalam usaha-usaha rawatan penyembuhan. Bahan-bahan lain kadang-kadang digunakan juga sebagai elemen tambahan.


 KAEDAH RAWATAN : GABUNGAN ANTARA AL QURAN, HADITH DAN ALUPATI

Penyakit zahir dan batin 114 jenis
Kerasukan biasa, sihir, saka, susuk, santau dll
Permasalah rumah tangga
masalah perniagaan

BIDANG : PENYAKIT ZAHIR, BATIN DAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS

0 comments: