Blogroll

Penyerahan Sijil Sirrusy syifak 2013

Penyerahan Sijil Sirrusy syifak 2013

Blogger templates

Monday 21 January 2013

Kisah Benar


Dari pengamal perubatan (pakar Santau). Di sini di panggil “Penceramah” sahaja

 

Kisah 1:  Seorang datuk pengamal santau. Gagal membuangnya. Banyak anak cucunya terkena. Apabila hari raya anak cucunya berhimpun di rumah datuk tersebut dan habis terkena santau melainkan seorang yang agak warak. Satu malam, cucu tersebut melihat atas meja makan di rumah datuknya ulat seperti kalimayor (bercahaya) keluar dari poket datuknya. Banyak merayap di sekeliling meja makan. Antara masuk ke dalam cawan minum cucu berkenaan.  Besuknya di tengah kalayak keluarga, cucu berkenaan berkata kepada datuknya, “berapa banyak lagi atuk nak bagi saya santau?”

 

Kisah 2: Penceramah pernah berjumpa dengan pontianak di bawah lampu jalan jam 2.00 pagi. Rambut panjang, mata besar, bibir merah, 2 taring panjang warna merah. Berjalan tanpa melangkah, warna pakaian seperti jilbab putih dan 1 kaki tidak jijak ke tanah.

 

Kisah 3: Penceramah baru selesai mengubat orang terkena santau. Lepas solat (Maghrib atau isyak?) tiba-tiba tercogok duduk seperti lelaki di hadapan sejadah penceramah. Lelaki itu marah penceramah kerana mengubat pesakit tersebut dan mengugut akan membunuhnya. Penceramah berkata, “ kalau engkau bunuh aku, aku redho kerana itu adalah ketentuan Allah bahawa ajal ku sudah sampai”. Iblis itu kecewa dan hilang.

 

Kisah 4: Penceramah pernah bertemu orang bunian yang mengajaknya berkahwin. Penceramah kenal dengan bapanya.Tinggi 6 kaki. Memakai jubah yang bersulam di bahagian hadapan. Penceramah pernah bertemu dengan perempuan bunian tersebut ketika tawaf di Mekah. Dia membimbing tangan emaknya. Pada ketika itu penceramah menunaikan haji bersama isterinya.

 

 

1 comment:

  1. Merkur 15c Safety Razor - Barber Pole - Deccasino
    Merkur 15C Safety 바카라 사이트 Razor - 토토 Merkur - 15C for Barber Pole is the perfect introduction https://deccasino.com/review/merit-casino/ to 출장안마 the Merkur Safety Razor. gri-go.com

    ReplyDelete